Selasa, 2 Mac 2010

GUBAHAN BARU DAN LAMA....

Gubahan - gubahan ini dibuat untuk ruang kecil dan ruangan yang sempit.. Gubahan ini juga sesuai untuk diletakkan di sudut yang ringkas. Konsep bonsai yang digunakan masih sama namun penggunaan bunga-bungaan yang dipelbagaikan. Oleh sebab ringkas dan sesuai untuk ruang yang sempit atau kecil tiada sebarang reben atau hiasan tambahan seperti daun dan lain-lain dalam menghiasnya.

Tinggi 2 tingkat bonsai ini antara 35cm hingga 55 cm. Menggunakan pasu kaca mudah dan ringkas.

Harga gubahan antara RM 25.00 (35cm), RM 30.00 (45cm) hingga RM 35.00 (55cm)








PKM2001

































































Namun ada sebilangan kita tidak suka dengan gubahan yang pelbagai seperti bongsai malahan suka seringkas mungkin. Di bawah ini disertakan gubahan mudah untuk meja kecil, meja hidang jepun, meja sisi dan meja bujur. Harga gubahan ini antara RM15.00 hingga RM35.00 menggunakan bunga kasa biasa yang boleh didapati di kebanyakan kedai-kedai bunga. Jika menggunakan bunga-bunga import, harga akan mengikut harga bunga yang diminta.
Indahkan hari-harimu dengan bunga-bunga cinta yang ceria....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan